25 September 2013

Pokok Letup Letup

















Pokok letup-letup atau nama saintifiknya Passiflora foetida adalah sejenis tumbuhan menjalar yang tumbuh secara liar dan banyak di temui di kawasan ladang kelapa sawit, dan tanah terbiar. Di negara luar pokok ini lebih dikenali dengan nama Stinking Passionflower.  Ini kerana tumbuhan ini dikatakan mengeluarkan bau yang kurang enak apabila diramas. Wakau bagaimanapun, pokok ini mempunyaibunga yang unik dan buahnya juga boleh dimakan apabila sudah masak. Sesetengah orang juga menggunakan pucuk pokok ini untuk dijadikan ulam.













Tumbuhan ini juga dikatakan mempunyai khasiatnya tersendiri dalam menyembuhkan sesuatu penyakit. Ia dipercayai dapat merawat gatal-gatal kulit dan luka. Bagi merawat gatal-gatal kulit,  ambil seluruh pokoknya, termasuk dengan akar nya sekali. Buangkan segala kotoran yang ada pada pokok itu terlebih dahulu. Kemudian rebuskannya sehingga ia menididh. Setelah air suam, airnya diambil untuk digunakan sebagai air basuhan.
Dalam merawat luka, caranya adalah dengan menggunakan beberapa helai daun yang dilumatkan. Daun yang telah dilumatkan itu, dipupuk pada bahagian yang luka tersebut.

kelapa laut












Kelapa laut ialah sejenis pokok palma yang juga dikenali sebagai pokok tal, lontar, tah, tai, ental, dan etal. Nama botaninya ialah Borassus flabellifera. Pokok kelapa laut terdapat di India, Myanmar,dan Thailand. Kelapa laut banyak ditanam di kawasan tepi sawah padi. Pokok kelapa laut sebenarnya mempunyai nilai komersil yang tinggi. Nira yang boleh diperolehi dari pokok ini boleh dibuat gula ataupun todi. Daun tal banyak digunakan sebagai tempat menulis sebelum kertas dicipta. Daun kelapa laut juga boleh digunakan untuk membuat kipas, atap rumah, tikar, topi, beg dan bakul.
Buah kelapa laut muda yang dicampur dengan bahan tertentu dijadikan ubat jika seseorang mempunyai banyak hingus. Buah tal dihancurkan dan cecair di perah keluar digunakan untuk mengubati bisul sering digunakan di Laos. Beberapa bahagian pokok ini boleh melawaskan kencing di berbagai negara, di Kemboja orang menggunakan bahagian batang daun, di jawa pula bahagian jambak bunga jantan, di India bahagian unbut dan akar. Penggunaan pokok kelapa laut dalam perubatan memang telah diakui keberkesanannya. Selain pokok kelapa laut spesis pokok kelapa yang lain juga banyak mengandungi khasiat untuk merawat pelbagai penyakit.

Air Kelapa banyak khasiatnya














Artikel kali ini tentang air kelapa. Masih lagi ku terbayang air kelapapandan dan kelapa mataq yang sempat saya rasai sewaktu ke Pahang minggu yang lalu. Saya pasti anda semua pernah merasai air kelapa. Memang sedap meneguk air kelapa apatah lagi setelah penat bekerja atau di waktu musim panas. Air kelapa bukan sekadar penghilang dahaga tetapi banyak lagi kegunaan lain yang mungkin ramai generasi muda yang tidak tahu. Di sini saya nyatakan serba sedikit khasiat dan penawar dari air kelapa ini hasil dari sumber rujukan saya..
Antara kegunaan air kelapa yang popular dan telah diketahui adalah merawat demam campak yang mungkin anda sendiri penah laluinya. Air kelapa juga boleh dijadikan penawar racun sekiranya anda terminum atau termakan racun. Sebab itu, ada rujukan yang menyatakan, sekiranya anda mengambil ubat-ubatan, anda tidak digalakkan meminum air kelapa. Ini adalah untuk mengelakkan kesan ubat tersebut hilang.
Selain itu, air kelapa muda yang direbus bersama daun sena juga boleh diminum sebagai pelawas kencing . Bagi merawat sakit kelamin , air kelapa muda dicampur dengan pokok dukong anak yang telah ditumbuk bersama air limau nipis dan diminum setiap pagi. Bagi sakit kulit seperti kudis , air kelapa muda direbus dengan akan pokok manggis hutan dan dibuat mencuci luka. Air kelapa muda direbusdengan pucuk pokok rotan boleh diguna untuk mencuci rambut bagi mengatasi masalah keguguran rambut dan kelemumur. Air kelapa muda boleh dicampur dengan kunyit makan dan direbus lalu diminum bagi mengatasi masalah bengkak-bengkak badan.
Jika anda mempunyai amalan atau petua dari air kelapa, boleh kongsikan serba sedikit untuk kebaikan kita bersama..