25 September 2013

Air Kelapa banyak khasiatnya














Artikel kali ini tentang air kelapa. Masih lagi ku terbayang air kelapapandan dan kelapa mataq yang sempat saya rasai sewaktu ke Pahang minggu yang lalu. Saya pasti anda semua pernah merasai air kelapa. Memang sedap meneguk air kelapa apatah lagi setelah penat bekerja atau di waktu musim panas. Air kelapa bukan sekadar penghilang dahaga tetapi banyak lagi kegunaan lain yang mungkin ramai generasi muda yang tidak tahu. Di sini saya nyatakan serba sedikit khasiat dan penawar dari air kelapa ini hasil dari sumber rujukan saya..
Antara kegunaan air kelapa yang popular dan telah diketahui adalah merawat demam campak yang mungkin anda sendiri penah laluinya. Air kelapa juga boleh dijadikan penawar racun sekiranya anda terminum atau termakan racun. Sebab itu, ada rujukan yang menyatakan, sekiranya anda mengambil ubat-ubatan, anda tidak digalakkan meminum air kelapa. Ini adalah untuk mengelakkan kesan ubat tersebut hilang.
Selain itu, air kelapa muda yang direbus bersama daun sena juga boleh diminum sebagai pelawas kencing . Bagi merawat sakit kelamin , air kelapa muda dicampur dengan pokok dukong anak yang telah ditumbuk bersama air limau nipis dan diminum setiap pagi. Bagi sakit kulit seperti kudis , air kelapa muda direbus dengan akan pokok manggis hutan dan dibuat mencuci luka. Air kelapa muda direbusdengan pucuk pokok rotan boleh diguna untuk mencuci rambut bagi mengatasi masalah keguguran rambut dan kelemumur. Air kelapa muda boleh dicampur dengan kunyit makan dan direbus lalu diminum bagi mengatasi masalah bengkak-bengkak badan.
Jika anda mempunyai amalan atau petua dari air kelapa, boleh kongsikan serba sedikit untuk kebaikan kita bersama..



No comments:

Post a Comment