28 April 2016

Pokok Rerama

Pokok Rerama Daun Hijau

Pokok rerama berdaun hijau

Pokok Rerama Daun Ungu (purple)

Pokok rerama berdaun ungu

Pokok Rerama Daun Hijau Berbelang

Pokok rerama berdaun hijau belang tua dan muda  

Pokok Rerama Daun Merah

Pokok rerama berdaun merah

Pokok Rerama Daun Belang Ungu

Pokok rerama berdaun hijau belang ungu

Khasiat Daun Pokok Rerama
Ekstrak daun pokok rerama ini mampu merawat penyakit kanser (barah) kerana ianya mengandungi 'active ingredient' yang mempunyai ciri-ciri anti keradangan dan anti kanser. Selain itu, ia boleh meningkatkan antibodi badan dan merawat penyakit berkaitan sel darah merah.

Antara penyakit lain yang mampu dirawat menggunakan ekstrak daun pokok rerama ini adalah penyakit SLE, denggi, angin ahmar, darah tinggi, kencing manis, masalah usus (seperti gastrik, sembelit dan cirit birit), asma, migrain, resdung dan demam campak.

Kaedah rawatan yang digunakan adalah hanya dengan meminum rebusan air daun rerama ini, sebagaimana konsep merendam dan meminum air teh.
Pihak Universiti Putra Malaysia (UPM) juga telah membuat kajian dan terbukti bahawa daun pokok rerama ini mengandungi ciri-ciri anti barah dan anti keradangan. - sumber

07 April 2016

Penawar demam denggi














Petua ini bukanlah untuk menggantikan perubatan moden, tetapi anda boleh jadikannya petua sampingan jika anda juga disahkan menghidap penyakit ini. Untuk pengetahuan semua juga, penyakit demam denggi ini belum mempunyai vaksin dan setakat ini cara rawatan yang digunakan di hospital-hospital adalah dengan hanya menambahkan jumlah kandungan air di dalam badan agar suhu kembali normal.

Cara pengubatan denggi
Pembersihan kawasan persekitaran rumah daripada pembiakan nyamuk adalah yang paling mustahak










Air 100plus
Di galakan perbanyak minum air 100 plus yang ni turut disarankan oleh doctor sendiri. Boleh minum banyak-banyak.

Sup ketam 
Untuk yang ini, anda disarankan untuk menggunakan ketam nipah.

Air daun pegaga 
Ada yang kata bukan guna daun pegaga biasa tetapi pagaga cina. Kalau susah sangat bolehlah beli air daun pegaga kat HPA.

Air daun betik
Kalau anda rasa air daun pegaga tu tak sedap. Air daun betik ni lagi tak sedap. Tapi kalau rasa anda sayangkan nyawa, tak perlulah fikir panjang ye…..


Daun pokok semambu
Yang ni bukan untuk diminum, tapi sekadar untuk digosokkan pada bahgian badan. Bila ruam atau bintik-bintik merah dah mula keluar, kita akan rasa miang atau gatal sampai sukar untuk tidur. Ambil segenggam daun ni dan gosokkan pada bahagian bintik-bintik merah tersebut.


Aiskrim vanilla
Kononnya ada yang pernah diberitahu oleh seorang cina, aiskrim vanilla juga boleh digunakan. Aiskrim ni juga boleh dimakan kalau anda sakit tekak.









Air barli campur garam
Petua ni untuk mengubati Chikungunya. Itu yang diberitahu oleh seorang warga Bangladesh. Mungkin boleh juga anda gunakan untuk mengubati denggi ni











Biasanya sesiapa yang pernah menghidap denggi ni akan menghidapnya sekali lagi dalam tempoh setahun. Jadi berhati-hatilah.